Featured Contents

Ari Ni Freelance Runner Services

Senarai Harga dalam 3 kategori.Kadar penghantaran segera (Tempoh penghantaran 1/2 - 1 jam dari tempat pengambilan barang).RM 1 Setiap 1 km dari tempat pengambilan barang + RM 1 Setiap 5 km dari Hq(TBS) ke tempat pengambilan barang.

Benelli RFS150i

Single 240mm front disc brake with 2-piston caliper Rear 220mm rear disc brake with 1-piston caliper New Benelli's B3SP '3-Spark' system Upside down telescopic front forks...

Stage 1 For RFS150i by NDS (Tune by Neo)

Berita Baik untuk pemililk-pemilik Benelli RFS150i.NDS (Tune By Neo) telah membuat satu pakej khas untuk pengguna2 RFS150i bagi meningkat pretasi motor anda.

Ari Ni Freelance Runner Services

Senarai Harga dalam 3 kategori.Kadar penghantaran segera (Tempoh penghantaran 1/2 - 1 jam dari tempat pengambilan barang).RM 1 Setiap 1 km dari tempat pengambilan barang + RM 1 Setiap 5 km dari Hq(TBS) ke tempat pengambilan barang

Latest Posts

0
ArryCode Thursday, November 7, 2019 ,


Kes curi di Tesco

Aku kerja polis ,Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
Masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).

Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu.
Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, "takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?".
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.

So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar.
Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu.
Dh depan EO nk buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.


Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dh insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.

AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa "Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah"

Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku
"kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu"

Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.

Kredit : Mohd Rosli Wahab
Perkongsian Dari Rizman Studio II
0
ArryCode Wednesday, November 6, 2019 , ,


Berita Baik untuk pemililk-pemilik Benelli RFS150i.
NDS (Tune By Neo) telah membuat satu pakej khas untuk pengguna2
RFS150i bagi meningkat pretasi motor anda.

Di antara review dari pelanggan yang telah menggunakan peringkat 1 dari NDS.





Bukan itu saje min juga salah seorang pelanggan yang berpuas hati dengan peringkat 1 dari NDS.





Stage 1 NDS :

Single full circuit grounding -
*Untuk menstabilkan kitaran pengaliran arus voltage liar dari komponen utama motor kembali ke bateri. 
*Menjimatkan minyak.
*Mempercepatkan respon throttle.
*Melancarkan respon RPM(motor ringan)

 Fungsi jangka masa panjang -
*Memanjangkan jangka hayat bateri.
*Bateri tak cepat rosak.
*Kurang risiko shortage elektrik terhadap komponen elektrik motor.

Sesuai untuk RFS yang baru keluar kedai atau yang dah lama.


Ada sesiapa nak buat?
Area:
Cheras, klang, shah alam, puchong
Harga boleh bincang tepi terima kasihh😊

No tel:0182397892

0

Arini Runner Service

ArryCode Friday, November 1, 2019
Update: 14/11/2019

Ari Ni Free Lance Runner Service


Senarai Harga dalam 3 kategori

Kadar penghantaran segera (Tempoh penghantaran 1/2 - 2 jam dari tempat pengambilan barang).
RM 1.20 Setiap 1 km dari tempat pengambilan barang + RM 1 Setiap 5 km dari Hq(TBS) ke tempat pengambilan barang

Kadar Biasa (Tempoh penghantaran 3 - 5 jam dari tempat pengambilan barang).
RM 1.00 Setiap 1 km dari tempat pengambilan barang + RM 1 Setiap 5 km dari Hq(TBS) ke tempat pengambilan barang

Kadar Selepas 8 pm RM 2 setiap 1 km + RM 1 Setiap 5 km dari Hq(TBS) ke tempat pengambilan barang

Perhatian: Berat tidak lebih daripada 5kg setiap penghantaran (akan dikenakan caj RM 1 sekilogram jika lebih)

Bayaran melalui dalam talian (Pemindahan segera) atau tunai sahaja.


Ari Ni Runner Service Terma dan Syarat.

- Barang yang hendak dihantar mestilah bukan jenis yang mudah pecah, rosak, atau cair.

- Jenis barangan yang hendak dihantar, kuantiti, Berat tidak melebihi 5 kg(cas tambahan dikenakan sekira melebihi.)

- Barangan mesti dibungkus dengan bungkusan lut sinar(dokumen dikecualikan) dan perlu dibungkus dengan baik(penghantar tidak akan bertanggung jawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan).

 - Sebut harga akan diberikan mengikut jarak dan berat dalam 3 kategori. 
 - Penghantar hanya akan ke lokasi pengambilan setelah Pembayaran di buat secara online (pemindahan segera/instant transfer).

 - Penghantar juga tidak Menerima sebarang penghantaran lain setelah tiba ke lokasi pengambilan


















Sila Klik di bawah untuk  meggunakan perkhidmatan kami
Nama: / Jenis Barangan: / Kuantiti: / Tempat pengambilan: / Tempat Penghantaran: / Masa pengambilan:

0

Benelli RFS150i

ArryCode Friday, September 14, 2018

        
 The RFS stands for ‘Riders For Speed

  • Type
    Underbone
  • Engine
    Single cylinder, 4-stroke, SOHC with B3SP Three-spark Technology
  • Capacity
    149cc
  • Power
    15.5hp @8,500rpm
  • Torque
    13Nm @ 7,000rpm
  • Transmission
    6-speed manual with chain drive
  • Chassis Type
    Straddle Type Frame
  • Weight
    115kg (dry)
  • Fuel Tank
    4.8 litres
     
  • Features
    Single 240mm front disc brake with 2-piston caliper
    Rear 220mm rear disc brake with 1-piston caliper
    New Benelli's B3SP '3-Spark' system
    Upside down telescopic front forks

     
  • Price
    RM6,988 - Standard Edition, RM7,338 - Special Edition (basic prices with SST)
0

Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 121 - 130

ArryCode Wednesday, March 19, 2014 ,

 Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah 2:121)

Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya) (Al-Baqarah 2:122)

Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). (Al-Baqarah 2:123)

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:124)

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud" (Al-Baqarah 2:125)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". (Al-Baqarah 2:126)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Al-Baqarah 2:127)

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah 2:128)

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:129)

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Al-Baqarah 2:130)

 
Copyright 2010 ArryCode_Blog