You Are Reading

1

Penggali Kubur

ArryCode Thursday, March 3, 2011

Terdapat  seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali  kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. 

Pada  suatu hari, pemuda tersebut berjumpa  dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada  Allah s.w.t. 

Dia  berkata, "Sepanjang  aku menggali kubur untuk mencuri kain  kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil  yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran  aku merasa sangat insaf atas perbuatanku  yang sangat keji itu dan  ingin sekali bertaubat." 

Yang  pertama, aku lihat mayat yang pada siang  harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku  menggali semula kuburnya pada waktu malam,  aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan  kiblat. 
Mengapa  terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya  pemuda itu.

Wahai  anak muda, mereka itulah golongan yang  telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. 

Lantaran  Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan  wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi  membezakan mereka daripada golongan muslim  yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung  pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua,  aku lihat wajah mereka sangat elok semasa  mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.  Tatkala malam hari ketika aku menggali  kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun  bertukar menjadi ****. 

Mengapa  begitu halnya, wahai tuan guru?" 

Jawab  ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda,  mereka itulah golongan yang meremehkan dan  meninggalkan solat sewaktu hidupnya. 

Sesungguhnya  solat merupakan amalan yang pertama sekali  dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah  amalan-amalan kita yang lain," 

Pemuda  itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru,  golongan yang ketiga yang aku lihat, pada  waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa  sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada  waktu malam, ku lihat perutnya terlalu  gelembung, keluar pula ulat yang terlalu  banyak daripada perutnya itu."

"Mereka  itulah golongan yang gemar memakan harta  yang haram, wahai anak muda," balas  ahli ibadah itu lagi.

Golongan  keempat, ku lihat mayat yang jasadnya  bertukar menjadi batu bulat yang hitam  warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan  guru?" 

Jawab  ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah  golongan manusia yang derhaka kepada kedua  ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya  Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada  manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku  lihat ada pula mayat yang kukunya amat  panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya  dan keluar segala isi dari tubuh badannya,"  sambung pemuda itu. 

Anak  muda, mereka itulah golongan yang gemar  memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka  suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur  sapa lebih daripada 3 hari. 

Bukankah  Rasulullah S.A.W.pernah bersabda,

  bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. 

Wahai  guru, golongan yang keenam yang aku lihat,  sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala  malam ketika aku menggali semula kubur  itu, ku lihat mayat tersebut terapung  dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat  busuk baunya," 

Wahai  pemuda, itulah golongan yang memakan harta  riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah  tadi. 

Wahai  guru, golongan yang terakhir yang aku  lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri  pula wajahnya.  Mengapa  demikian halnya wahai tuan guru?" tanya  pemuda itu lagi. 

Jawab  ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka  itulah golongan manusia yang berilmu. Dan  mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu  hayat mereka.

  Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." 

Ingatlah,  sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang  dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita  akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal  yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan  sebesar zarah. 

1 comments:

Nadhirah Nasir said...

fuh! thanx.. insaf2.. subhanaallah..



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog