You Are Reading

3

Aku, Dia Dan Esok

Arrycode Thursday, March 17, 2011

1 Luka hati

Dikeheningan malam begini, kesepian kian mencengkam mengiringi kepedihan hati yang makin mendalam. Hanya tuhan yang mengerti bertapa terseksa nya bila hati ini dilukai. Suasana tasik permaisuri begitu sepi, jam ditangan sudah menunjukkan 1pagi. Asri termanggu sendirian , hati semakin dimamah kelukaan mengenangkan cinta yang begitu kuat dipegang akhir nya terkulai layu.

*****

2 Tahun Sebelumnya.....



"Oiiit...", terjah man dari belakang.

"erk,... oi nak aku bunuh ker?,"teriak asri sambil tersedak terkejut bila diterjah sebegitu oleh rakan sekerjanya dan juga rakan karib.

"ko takde kerja ke apa... ,sib baik aku terperanjat je . Buat aku terjun dalam mesin ni, tak nya aku pun jadi cam kotak-kotak tu...", asri menunjuk kearah kotak yang tidak tersusun ditepi mesin pencetak.

"Ala .. rileks ler , aku gurau-gurau jer ,jangan ler serius sangat..",jawab man sambil tersengih

"Gurau mende nya, ni nak bunuh orang ader ler..",runggut asri masih benggang..

"Kalau camtu apa kata ko buat wasiat dulu, mana tau tiba-tiba mati... hahahahha .. wasiat adik ko kat aku...", seloroh man menyakat asri..

"kuang ajor punya member, takde ler aku nak wasiat apa-apa kat ko selain suh ko taubat jer...",asri geleng kepala melihat man yang mulut tak berlesen.

"Ko ni rileks jer man , ular ker apa.?. aku tengok kat tempat ko banyak kotak tak printing lagi. Boleh jalan-jalan lak kacau aku.", soal asri masih tak puas hati kerana terkejut.

"Nanti aku settle kan ler, ni aku tanya ko."man tersenggih sambil melihat asri memasukkan kotak ke dalam mesin cetak.

"Balik kang ikut aku gi makan, awek aku ada bawa kawan dia, leh kenal-kenal."

Tiada jawapan dari asri, yang terus mencetak kotak satu demi satu, kemudian menyusun kotak yang dicetak supaya lebih tersusun.

"Dengar tak aku cakap tadi ," soal man bila tiada jawapan dari asri.

"Ko nak belanja ker?"soal asri sambil menerus kan kerja nya.

"Yela, aku ler belanja..tapi ada syarat."balas man sambil tersenggih memperlihat gigi nya.

"Aii , main syarat lak!, ikhlas ke nak belanja ni?"asri berhenti dari mencetak kotak, memandang man.

"Ikhlas ler, cuma ko layan berborak ngan member mira nanti.. ,"pinta man."Jangan ko diam jer lak, tak best ler.Mana tahu ko leh serasi ngan rin."tambah man lagi.

"Tengoklah, aku tak janji apa-apa. Siapa lagi ikut, ko tak ajak nol ker?",sekali lagi asri berhenti dari mencetak kotak dan memaling kan badan nya memandang man.

"Malas ler, ko bukan tak tau perangai si nol tu. Pantang nampak pompuan ,semua nak sapu. Kita-kita jer ler, jangan lak ko gi tau kat dia. Kang tak pasal-pasal kata aku tak ingat member lak."kata man sambil memandang kiri kanan takut nol muncul.

"Boleh takde hal ,asal kan ko tuang minyak motor gi balik",balas asri sambil mengangkatkan keningnya.

"Eh , melampau ler ni. Dah ler makan aku belanja, tak kan minyak motor aku kena support gak.

Yelah aku tuang ler."jawab man bersetuju kerana asri memang payah nak di ajak keluar apatah lagi kalau melibat perempuan selain dari tirana.

"Hahaha.,camtu aku setuju. Dah ler kang tak siap lak keje aku ni, supervisor dah cakap nak empat ribu keping untuk print."kata asri menyambung kerja nya.

"Ok , jangan buat-buat lupa lak petang kang. "man mengingatkan asri sebelum melangkah ke mesin printing yang terletak satu blok dari mesin asri.

"Tirana-tirana apa yang ko nak lagi,tak cukup baik ke asri pada ko. Suatu hari ko pasti akan menyesal tirana.",bisik hati man ketika melangkah meninggal asri.

Biarpun man tidak pernah mengenal tirana lebih dekat, dan cuma pernah bertemu sekali. Man seolah tahu, yang tirana tidak akan sesetia asri. Asri tak seperti lelaki lain, setia tak bertempat. Namun man mengakui asri seorang yang terlalu setia pada janji dan cinta. Tapi sayang , kesetiaan nya pada tirana mungkin pilihan yang kurang tepat. Mahu saja dia memecahkan segala apa yang dia simpan di dalam hati nya.

"Abg, biarlah asri tahu sendiri."kata mira masih terngiang ngiang ditelinga nya lagi ketika dalam perjalanan pulang dari kuala lumpur.

"Nanti abg gak yang di salahkan pulak.Mana tahu yang kita nampak tadi, dia ngan kawan dia. Kita tak leh ler main serkap jarang jer."kata mira lagi.

"Habis tu mira, kalau dengan kawan lelaki camtu ker...? kalau dah sampai berkepit tu kawan ker?".pertanyaan man membuat kan mira terdiam.

Man tak menduga bahwa perjalanan makan angin ke kuala lumpur bersama mira , akan tersua tirana dengan .......Bersambung


P/S:Sebarang PRINT SCREEN terhadap NOVEL ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya NOVEL. Tuan punya NOVEL tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

3 comments:

toyolkiut said...

wah..
mnarik jg jln ceritanya..
sape punya tulis ni..

ArryCode said...

Nur ... penulis pena adaptasi dari diari kusayang..milik nur

reennafahlafi said...

mcm best je,,jgn lupe smbg



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog