You Are Reading

0

Sesaat dalam seminit - 2

ArryCode Tuesday, February 8, 2011

Firman Allah yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabuut 29:2)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

Ingatlah teman-teman seperti mana aku mengingatkan diri aku sendiri. Ujian itu adalah tanda kasih sayang-Nya. Allah berikan ujian tersebut dan hanya Allah yang mempunyai jalan keluarnya. Selagi kita mengingati-Nya dan bersyukur kepada-Nya, Insya-Allah kita pasti dapat menghadapi ujian yang diberikan.

Janji Allah adalah pasti. Firman-Nya yang bermaksud:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(Al-Baqarah 2:286)

Setiap ketentuan-Nya pasti menyimpan hikmah yang tidak kita ketahui ketika ini. Sebaliknya Allah akan menunjukkan hikmah tersebut beberapa ketika selepas itu dengan izin-Nya. Mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin sebulan, malah mungkin juga bertahun-tahun. Yang penting! jangan lah mengeluh.

Firman Allah yang bermaksud:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)



0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog