You Are Reading

0

Poligami dalam Islam

ArryCode Monday, February 7, 2011

Menurut Dr.Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu oleh Fathurahman (1988): "Poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan  di dalam syariah islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya.
Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah(keringanan)dalam keadaan darurat.
Jelasnya, walaupun bahasa yang digunakan didalam ayat yang mengharuskan poligami berunsur ini perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami ynag berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Poligami disyariat oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya:"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."(An-Nisaa' 4:3)


0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog