You Are Reading

0

Daun Sekentut

ArryCode Friday, February 11, 2011

Sekentut atau dengan nama saintifiknya PAEDERIA FOETIDA LINN sejenis tumbuhan liar yang mempunyai khasiat tersendiri. Tumbuhan memanjat ini berbunga kecil berjambak serta berbuah kecil ditemui di India, China, kepulauan Filipina dan juga di Semanjung Malaysia. Di kenali akar sekentut di Malaysia, lesser Malayan stinkwort oleh masyarakat barat, sembukan oleh orang jawa dan orang Sunda mengelarkannya kahitutan.


Dalam perubatan Ayuveda, daunnya dianggap mampu memberi kesan antiarthritik, antispasma (melegakan spasma otot licin), kardia (berkaitan atau mempengaruhi jantung), diaforetik (menyebabkan perpeluhan bertambah), ekspektoran (mengalakkan rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatuk keluar) dan stomakik (meransang aktiviti rembesan di gaster untuk menaikkan selera makan).

Mengandungi iridoid  glucoside: asperuloside, scandoside, dan paederoside. Tanaman herba ini turut mengandungi alkaloids, a- dan b-paederineserta minyak asas. Daun, akar, kulit dan buah adalah bahagian yang digunakan dalam tujuan perubatan tradisional.


Daun nya mampu melegakan masalah usus seperti dispepsia (senak), kembung, gastritis, dan enteristis (inflamasi usus kecil).Perubatan cina mengatakan daunnya boleh di makan membantu pencernaan dam membuang angin. Ekstrak daun mempunyai astringen boleh  diberikan pada kanak-kanak yang megalami diarea atau cirit birit. Daun yang direbus serta dihancurkan ditampal pada perut bagi mengurangkan sakit perut dan ketidak bolehan mengeluarkan air kencing yang tersimpan dalam pudi kencing.
Terdapat kepelbagaian khasiat ubat sekentut, namun begitu penggunaannya seharus dan sewajarnya perlu mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelarkan kesan sampingan.



0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog