You Are Reading

0

Teh hijau bukan Anti Kanser payudara

ArryCode Sunday, January 23, 2011

Di dalam kajian sebelumnya terhadap sel haiwan dan manusia, memang diketahui bahawa minuman teh hijau panas dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh untuk menghalang kanser. Tetapi, analisis terbaru ynag melibatkan 54 ribu wanita tidak mendapati adanya kaitan antara teh hijau dan kanser payudara.


Pakar dari Pusat Kanser Nasional Tokyo bersama kumpulan penyelidiknya telah melakukan kajian terhadap hal tersebut. Menurutnya, kajian terhadap manusia ternyata memberi hasil yang tepat dan jelas. Kajian ini merupakan kajian pertama berskala besar yang meneliti kebaikan mengambil teh.


"Kekuatan lain dari kajian yang dilakukan ini ialah rekaan kajian prospektif dengan mengumpulkan data sebelum kanser payudara didiagnosis. Dengan minum teh hijau, tidak kira jenis mahupun kuantiti pengambilan nya. Ia sememangnya tidak dilihat dapat membantu mengurangkan risiko terkena kanser payudara,"
 ujar Motoki iwasaki dari Pusat Kanser Nasional Tokyo


0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog