You Are Reading

0

Kelebihan Ubi Garut

ArryCode Friday, January 7, 2011

Ubi garut atau dikenali Maranta  Arundinacea merupakan tanaman tumbuh
berumpun yang berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan. Kini ia banyak ditanam di serata negara beriklim tropika dan juga bukan tropika.

Dikenali juga dengan nama Arrwroot merupakan tanaman asli di Hindia Barat, dan tumbuh ini digunakan sebagai bahan mengeluarkan toksin daripada luka akibat racun anak panah oleh masyarakat peribuminya.


Banyak kepelbagaian kegunaan ubi garut selain serbuk tepung boleh  menghasilkan bedak, gam dan sabun. Tepung kanji ubi garut pula digunakan untuk memekat sup, sos, puding, makanan, gula-gula, manisan dan aiskrim.

Ubi garut segar mengandungi kanji, protein, lemak, fiber, gula, bahan pahit dan resin. Kanji ubi garut mengandungi amilosa dan banyak kalium. Juga mengandungi fitokimaia seperti beta karotena, niasin, thiamin dan riboflavin.
Kandungan ubatan dalam ubi garut mampu bertindak sebagai antiradang, antidiarea, demulsen dan penyejuk.

Kanji dalam ubi yang matang boleh dijadikan makanan berkhasiat tinggi kepada kanak-kanak dan orang tua yang dalam proses penyembuhan daripada penyakit serta mereka yang mengalami masalah gastroenteritis.

Dalam perubatan tradisional pula, ubi garut yang direbus boleh diminum untuk merawat penyakit salur air kecil dan masalah perut dan usus. Bagi mengatasi pelawasan air kecil, air rebusan ubi garut yang telah dicampur dengan gula boleh diminum untuk tujuan tersebut.

Ubi segar pula dikatakan boleh dimakan mentah untuk merawat masalah pundi kencing. Bagi mereka yang terkena panah beracun dan juga ulser boleh menampal ubi garut segar yang telah dihancurkan pada bahagian luka atau ulser.


Ubi garut yang telah dijadikan serbuk tepung pula boleh dicampurkan dengan airdan gula sebelum diminum untuk merawat penyakit disenteri atau jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang serius.

Akar ubi garut juga boleh juga digunakan untuk tujuan perubatan. Akar yang telah ditumbuk lumat-lumat boleh ditampalkan pada luka, bekas sengatan dan patukan haiwan berbisa. Boleh juga ditelan sebagai penawar bisa dalam makanan atau minuman.

Walaupun ubi garut boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kegunaan lain, namun begitu cecair atau isi daun dan batang boleh menyebabkan gatal-gatal atau isi daun dan batang ini boleh menyebabkan radang kulit terutamanya kulit sensitif. Oleh itu dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kemudaratan.


0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog