You Are Reading

0

Cuti Itu Ibadah

ArryCode Monday, January 24, 2011

Inilah konsep yang terbaik untuk mendapat ketenangan dan kegembiraan dalam percutian. Jangan sesekali kita lalai dengan hiburan dan kesibukan perjalanan sehingga melupakan tujuan kehidupan ini.

Jangan pisahkan cuti dari ibadah, kerana cuti bukan masanya untuk bermaksiat bahkan anggaplah perjalanan itu sebagai ujian keimanan anda dan keluarga. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman, Jangan kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(Surah Al-Munafiquun ayat:9)


0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog