You Are Reading

0

Bercintalah dengan hati yang tulus

ArryCode Saturday, January 22, 2011

Bukankah cinta suami dan isteri akan sentiasa membuahkan pahala?. Jika mereka ikhlas tentu cinta itu akan jadi penawar dalam setiap kesulitan, pemanis kala ditimpa pahit derita. Tapi, apakan jadi jika sedikit saja diuji sudah pandai mengungkit, pandai pula mencari kelemahan pasangan dan merasa diri berjasa?.
Allah S.W.T telah merakamkan teknik-teknik pergaulan yang membuahkan perasaan cinta sesama manusia, apatah lagi antara suami isteri alangkah dituntut bagi mereka sikap-sikap sebagaimana yang dijelaskan dalam firman-Nya ini:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkan ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertakawallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran ayat:159)

Eloklah kita renungi kata-kata mutiara Jalaludin Al-Rumi, penyair Afganistan yang hidup pada abad ke 12 tentang falsafah cinta:
"Jika engakau bukan pencinta, maka jangan pandang hidupmu ini hidup. Kerana tanpa cinta, segala perbuatan tak akan dihitung pada hari penghitungan nanti dan setiap masa yang berlalu tanpa cinta akan menjelma wajah yang paling hodoh di hadapan tuhan."

Bercintalah dengan ketulusan hati bukan dengan mengungkit jasa dan bakti. Biar Allah S.W.T yang menilai siapa yang paling tulus cintanya, kerana ia rasa yang penuh rahsia.



0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog