You Are Reading

0

Apakah itu kanser servik?

ArryCode Wednesday, January 26, 2011

 * Kanser pangkal rahim. 
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.

* Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa. 
* Ia boleh terbahagi kepada : 
Peringkat awal
- Berlaku di sekitar servik.
Peringkat lewat 
- Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' 
- seperti paru-paru melalui sistem aliran darah 
* Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. 
* Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini. 
* Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini. 
* 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik. 
* 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.


0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog