You Are Reading

0

Angelica (Dong Quai) pelbagai guna

ArryCode Saturday, January 22, 2011

Angelica atau lebih dikenali dengan nama Dong Quai Di china adalah tumbuhan semula jadi di negara itu. Herba ini biasanya ditemui dalam tepi sungai, jurang gunung dan padang rumput yang lembap. Batangnya berbentuk bulat, beralur, mempunyai cabang pada bahagian atas dan berwarna biru. Herba ini memiliki ketinggian tiga hingga tujuh kaki.


Daunnya tumbuh daripada sarung mengembang yang mengelilingi batang. Pokoknya menghasilkan bunga berwarna putih kehijauan pada bulan Jun hingga Ogos dan disusuli dengan buah berbentuk bujur.

Air seduhan yang dihasil daripada batang, biji dan akar Angelica memiliki bahan karminatif (Pelega  flatulen), diaforetik (penambahab peluh), emenagog (agen perangsang haid), sedatif (redakan keresahan dan tekanan), stomakik (perangsang untuk meningkatkan selera makan), dan tonik.

Akar angelica mengandungi vitamin B12, zink, thiamine, sukrosa, riboflavin, potassium, magnesium, besi, fruktosa, glukosa, dan banyak mengandungi mineral surih.

Angelica boleh dijadikan sebagai ubat kumur bagi akit tekak dan mulut. Ia juga boleh digunakan sebagai poultis atau tuam untuk tulang patah , pembengkakan, kegatalan, dan reumatisma.
Kebiasaan Angelica digunakan untuk merawat masalah haid seperti rasa sakit haid dan haid yang kurang. Ia juga berkesan untuk sindrom prahaid, kekejangan dan haid tidak tetap.

Angelica mempunyai kesan antiradang, dan antipsamodik (antipengecutan), pada uterus. Ia mampu melegakan sakit dan merehatkan otot. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan, herba ini mempunyai kesan luar biasa. Merangsang terlebih dahulu  sebelum mengendur uterus supaya mudah untuk mengecut. Malah ada juga yang menggunakan herba ini sewaktu melahirkan bayi untuk tujuan merangsang uterus.


Angelica juga mampu mengendurkan otot jantung, merendahkan tekanan darah dan menenangkan aritimia kardiak (berkenaan dengan jantung). Terdapat juga kajian yang menunjukkan ramuan herba ini berkesan untuk alahan dan masalah pernafasan. Ia boleh digunakan untuk merawat sakit kepala, jangkitan, arritis, penyakit buah pinggang, gejala-gejala menopaus, dan sakit saraf. Tinggi dengan zat besi berguna dalam merawat anemia dan memberi khasiat pada darah. Herba ini turut mempunyai kesan sedatif untuk melegakan tekanan.

Selain digunakan sebagai tujuan perubatan, dikatakan ada bahagian herba ini boleh dimakan. Pucuk daun Angelica boleh di buat ulam, batang dan akarnya pula boleh dijadikan sayur dan bijinya digunakan dalam pembuatan pastri.

Biji dan akar yang telah dijadikan minyak digunakan dalam pembuatan gin dan minyak wangi. daun nya pula yang telah dihancurkan pula dijadikan sebagai pewangi dalam kereta sebagai mengurangkan rasa loya atau mahu muntah ketika menaiki kereta.

P/S ~ Walau pun terdapat pelbagai kegunaan pada tumbuhan herba ini, namun penggunanya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatanuntuk mengelakkan kemudaratan... 



0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog