You Are Reading

1

Piala Suzuki

ArryCode Sunday, December 19, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua reader dan sahabat. Untuk posting kali ini aku nak comment sedikit tentang pasukan bolasepak malaysia yang beraksi untuk Piala Suzuki. 


Sebagai rakyat malaysia aku amat berbangga sekali dengan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia berjaya ke separuh akhir bila berjaya menewaskan vietnam dengan 2 gol di Malaysia dan seri 0-0 di Vietnam.
Cuma agak mengecewakan sedikit dari apa yang dapat di lihat dalam perlawanan bolasepak 18/12/,dari segi taktikal permainan pasukan Malaysia masih banyak kelemahan, berbanding dengan pasukan Vietnam dalam kawal bola tak kira dari segi serangan dan pertahanan..

Aku harap jurulatih K.Raja Gopal harus menonton kembali perlawanan 18/12 sebagai rujukan untuk perbaiki kelemahan pasukan bolasepak Malaysia sekiranya mahu memenangi perlawanan akhir Piala Suzuki.


Pada pasukan balasepak malaysia pula, kerjasama berpasukan harus terus di praktikan dari segi pengawalan bola, kerana dalam perlawanan di hanoi setiap kekang serang Vietnam bola tidak dikawal selain menyepak kekawasan lawan.


Bagi aku, walaupun vietnam kalah tapi apa yang mereka pamerkan penuh dengan kualiti sebagai satu pasukan yang bermaruah.Untuk Pasukan negara pula, harus terus berusaha mengubah corak permainan dari jentera pertahanan dan serangan. Mengawal bola, bermakna mengawal permainan.


1 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia!! info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog