You Are Reading

0

Halia Tumbuhan Herba

ArryCode Sunday, December 12, 2010

Halia atau nama saintifiknya, Zingiber officinale. Sejenis tumbuhan herba yang berasal dari india. Tumbuhan herba ini kaya dengan mineral, niacin, vitamin A, B1, C dan Protein.
Halia sudah tidak asing dalam kalangan orang melayu kerana ia nya sering digunakan dalam sajian masakan.


Tumbuhan herba ini juga boleh digunakan dalam kaedah merawat sakit kepala atau migrain, angin, reumatik artritis, lenguh-lenguh badan serta bengkak. 
Selain tu juga ia boleh mneyembuhkan mual, mabuk perjalanan, panau dan juga berkesan dalam merawat gigitan ular, gatal akibat gigitan serangga dan penawar cacing.


Dalam kaedah rawatan tradisional pula, pengidap selsema dan asma dicadangkan mengunyah halia segar, meminum teh halia atau air perahan jus akar halia bersama satu madu.
Menghisap hirisan halia juga boleh melegakan batuk dan gatal - gatal tekak. Air rebusan halia pula boleh menghilangkan bau mulut...

Semoga Info diatas berguna untuk semua 




0 comments:



 
Copyright 2010 ArryCode_Blog